Pages

Sunday, December 13, 2009

Bidadariku....

Friday, Nov 27th 2009

Aidil Adha yang baru berlalu ini membuat aku berfikir pasal pengorbanan, setiap kali ketidak adilan telah dicetuskan kepada aku..

aku selalu menghakimi Maha Pencipta dan mengira2..membandingi tiap pengorbanan aku dari dahulu sehingga kini telah tersia2...

amat sering berkira2 sendiri dan amat selalu juga meminta2 balasan atas setiap apa yg telah aku korbankan...walau tidak pernah meluahkan kepada orang yg pernah aku berkorban untuknya...

namun dalam hati tetap menyebut2...tidak ikhlaskah aku??? walau sebenarnya aku cukup redha di kala itu...namun mengapa apabila ketidakadilan itu tercetus...hati tetap berkata2...jika tiada pengorbanan aku yang sedemikian kau tak akan sampai ke tahap ini...berjaya begini...bahagia sebegini dan sekian2...

alangkah indahnya jika apa yang telah aku korbankan itu mampu aku luputkan dari memori aku agar berkatnya membawa ke syurga..alangkah...alangkah...

namun aku hanya manusia yang imannya senipis kulit bawang dan hatinya masih kotor dengan pujukan rakus duniawi...apakan daya...

Amat pentingkan dirikah aku ini??...bertahun aku hidup berseorang dan bertemankan sepi...walau adakalanya tawa riang anak2 mengisi ruang2 itu...namun masih terasa seperti ada kekurangan yang tidak dimengerti...

lalu apabila cinta datang bertamu...aku fahami dan mengerti itulah kekurangan yang dinanti...lalu aku tempatkan cinta di ruang kosong hidup aku ...dan ternyata ianya amat sempurna sekali...luarannya...

amat gemar aku menghakimi buku dari kulitnya sahaja...Gembiranya aku...riangnya aku...seperti mahu dikhabarkan seantero dunia...bahawa akulah makhluk yang paling gembira ketika ini...semuanya tampil indah belaka...sungguh sentosa...tiada yang pahit...semuanya manis2 seperti madu...

Namun jauh di sudut hati...di ruang yang paling dalam masih ada yang kurang...masih ada yang tak sesempurna yang aku mahukan...bukankah dari apa yang aku fahami dan mengerti...cinta itu mampu menjadikan apa saja indah dan manis2 belaka...

namun aku tidak berasa begitu...masih ragu-ragu...hati masih tak betah menerima cinta...di mana salah dan silapnya...

lalu menghukum Maha Pencipta kerana tidak pernah memberi aku bahagia...tidak pernah memberkati hidup aku!!!...tidak pernah membuka pintu bahagia untuk aku...apabila aku peroleh bahagia selalu sahaja menutup nya dengan kasar untuk aku!!!..mengapa...

Astaga...instighfar aku atas khilaf ini...menghukum tanpa mencari benar hakiki...lalu aku bermunajat di sepertiga malam...sujud...cukup zuhud dan daif...memohon petunjuk dan berkat dari Pencipta Agung...buka kan hati yang telah lama buta...dan telinga yang telah lama tuli...

Malam itu aku bermimpi...yang pintu-pintu bahagia aku telah lama terbuka dan tidak pernah berkunci malah aku sendiri yang berpaling dan menutupnya dengan rakus tanpa menjengah apa yang tersimpan di dalam...

di saat itu aku memutar tombol dan melangkah ke ruang di balik pintu...aku tidak mahu berpaling lagi...mesti akhiri kemelut ini dan dakapi apa jua yang terbentang di hadapanku...aneh hati tidak menolak lagi...Di situ...di hadapanku...dua bidadari menanti kehadiran aku dengan senyuman yang ikhlas dan sungguh suci...

memegang tanganku seraya membawa ku sekeliling ruang di balik pintu...di iringi dengan kikihan tawa riang dan berbisik manja kepada ku...walau aku berusaha menarik tanganku dari rangkulan nya...

namun seolah aku membiarkan sahaja bidadari ini mengenggam erat jari jemariku...walau minda cuba menyuruh hati untuk pergi...tapi hati tetap kukuh mahu tetap di sini...bersama bidadari2 ini...

Lalu aku bertekuk lutut dan mendepakan ke dua tanganku...aku pejamkan mataku...aku kosongkan mindaku...aku biarkan hati menuntun diri...aku dakapi bidadari2 ini...

lalu aku dengar bisikan sayu..."sayang sangat kat Umie"...terkesima aku seketika...lalu aku bukakan mata dan di situ berdiri...Aby & Izzati...

Rupa-rupanya Maha Agung telah lama mencipta dan membuka pintu bahagia ini untuk aku...bukan sekali...tapi dua kali...cuma aku yang terlepas pandang...membutakan hati...lalu aku korbankan cinta...aku eratkan dakapan bidadariku...milik aku Dunia dan Akhirat...

walau satu masa dan ketika bidadari ini akan berubah meniti kedewasaan...namun dia tetap milik aku selama-lamanya...Inilah PENGORBANAN aku yang paling indah dalam hidup aku...

dan aku tidak akan menyebut-yebut lagi pengorbanan aku yang dahulu dan sebelumnya kerana itu tidak seindah dan sebahagia ini...tak terbanding...ternyata Maha Pencipta tidak pernah melupakan aku walau aku berkali-kali alpa atas suruhan/panggilanNya.

Mak.....

Tuesday, 10th Nov 2009

Sabtu lepas....ziarahi kubur arwah mak....Dahulu Abah ada tanam rerumput menjalar dan apabila musim bunga tiba rerumput tu akan mengeluarkan bunga-bungaan warna warni kecil-kecil dan comel-comel....

dari jauh dah tau yg kehijauan berbunga itulah kubur arwah Tapi baru-baru ni penjaga kubur ter racun kerana di sangka lalang….

yang tinggal hanya batu-batu kemerahan..nampak kering dan tandus....Terlalu banyak kuburan di sana…takut terlupa mana satu arwah punya sbb tak bernama hanya ada sepasang batu nesan dari kayu jati…itupun warnanya telah hampir pudar

Sebelum pergi cuba ambil gambar guna HP..berkali-kali mencuba namun tiada satu gambar pun yg jadik!...semua gambar 'blank' atau tidak boleh dibuka…

Airmata tak semena-mena mengalir….rasa tak bedaya nak melangkah pergi…takut jika aku berpaling..aku akan 'kehilangan' arwah sekali lagi