Pages

Wednesday, December 22, 2010

cara ko ‘pincang’ …

~ apa masalah ko ni sebenarnya? … aku betul-betul konfius .. ko ni cakap berdegar2, macam ayam betina bertelur camtu ler gaya ko bercakap, meniaga untung ribu-riban .. tapi bila aku minta tolong sket, peerrgghh ko nye cakap 'ok tak de masalah, tapi sebenarnya tong kosong!! .. aku ni menanti la cam buah yg tak gugur2 … rupanya hampa belaka …

~ yg itu ok la, aku masih leh accept lagi pastu ko janji plak ngan aku lagi, nak belikan itu ini la, lepas tu bila jumpa tak macam bangsat plak ko eh .. kata tertinggal la, lupa nak bawa la … aku ikut jek rentak kau, tapi bila kesabaran aku dah sampai tahap maksima, of course aku mesti nak tau 'the exact truth' … tapi jawaban ko tak macam celaka lah plak eh …

~ aku tak paham ko la, ko ada masalah lah … eh aku peduli apa ngan masalah ko, ko dah berjanji kena tunaikan, pastu kalau mmg tak boleh tepati janji, ko mesti terus terang ngan aku, bukan aku nak sangat pun pertolongan dan barang2 yg ko janjikan tu … aku paham mungkin ko ada kesulitan ko sendiri, yg terus terang!! .. tok sah nak beri pelbagai alasan sana sini and putar ayat cam ular membelit .. sembelit !!! ..

~ tapi ayat yg ko bagi kat aku mmg bagus eh .. remove aku dari FB ko, aku no heart feeling, mmg aku bukan kawan ko yg baik … !! eh .. eh .. hek eleh … bagi ayat2 yg ko bagi kat aku tu mmg aku biasa dengo sbb ayat2 tu adalah ayat sembunyi kesalahan diri, tak mau mengaku salah atau tak mau tembelang pecah, so wat ler ayat2 cam tu seolah2 aku ler plak yg salah … atau nak wat aku rasa bersalah sbb pressure ko untuk berkata benar …. dan mungkin bila dengo ayat-ayat ko tu, hati aku akan lembut la … dan tak akan menagih jawaban lagi dari ko …

~ sori Jack ko silap orang la eh … ko dah kata remove ko dari FB aku kan .. apa susah aku 'block' ko terus!!! abis ceta, ko hengat aku nak merayu2 kat ko, minta maaf ko sbb berkasar ngan ko, sori ar Jack … aku bukan jenis camtu la .. dah ko tak nak berkawan lagi ngan aku .. . pucuk di cita ulam mendatang .. aku OK jek … bukan aku mintak makan ngan ko pun …

~ bukan bermakna tak de ko dalam idup aku .. life aku akan jadi pincang!!! .. tak akan berlaku camtu Jack … ko tu 'nothing' bagi aku, sekadar hampas gula2 getah yg melekat kat kasut aku jek … semak !!! … aku benar-benar tak sangka sebalik muka ko yg 'decent' tu rupa-rupanya tersembunyi 'tanduk setan' … semoga ko bahagia dengan cara ko tu dan teruskanlah hidup ko yg penuh dengan kepura-puraan tu … aku nak tengok sejauh mana ko mampu teruskan pembohongan ko tu …

~ aku amat bersyukur kerana awal-awal dah menyedari kepincangan cara kau … sebelum tembelang kau ni pecah pun aku dah ragu-ragu ngan ko … ternyata keraguan aku berasas .. aku amat bernasib baik kerana Allah telah tunjukan kebenaran pada aku … dan aku juga bersyukur kerana Intan tidak termakan dek pujuk rayu kau … semoga Intan bahagia dengan hidup dia dan yg penting tanpa kau !!! …

~ Ello Jack .. semoga ko tersungkur dengan cara ko yg entah apa-apa tu … setakat aku yg terkena, rasanya ko leh mendabik dada lagi … tapi lambat laun .. akan ada orang lain juga yg bakal menyedari sikap ko yg sebenar .. waktu itu aku tak taulah camner no nak meng'cover' !!! …

biarkan duka itu berlalu ….

~ jika telah ditakdirkan mmg tidak boleh bersama, walau apa pun yg ko cuba lakukan utk selamatkan ikatan ini, namun semuanya bakal hampa kerana dia bukan tercipta untukmu biarpun sekadar sahabat … jangan kau biarkan airmata sekali lagi membasahi pipimu yg mongel itu kerana dia tidak layak untuk kau tangisi .. biarkan dia pergi dari hidupmu kerana kau akan lebih tenang dan bahagia tanpa dia …

~ mmg mudah utk aku hanya berkata-kata namun yg hakiki kau terpaksa menanggung keperitan ini, sabarlah sayang tabahkanlah hati, jangan biarkan selumbar ini menjadi nanah yg bakal merobek-robek jantungmu .. tetapi walau apa pun yang aku katakana, airmata mu gugur jua, esak tangismu benar-benar meruntun jiwa ku … kenapa kau gagal menangani permasalahan ini .. rapuh benarkan hatimu, selemah itukah sanubarimu? …

~ di saat langkahmu gemalai bagai tubuh tanpa tulang, ketika kau seolah rebah menyembah ke bumi ingin aku menyambutmu namun langkahku juga goyah dan hatiku juga patah … di saat itu ingin aku pinjamkan bahuku agar tiap titisan airmatamu kering tanpa kau sedari, ingin jua aku peluk tubuh rapuhmu agar bisa ko rasa hangatnya kasih sayangku .. namun ko tak pernah menyedarinya kerana hatimu hanya pada dia …

~ akhirnya air mata ku tumpah jua, walau begitu kuat aku cuba menahan namun pedih lara di hati aku lebih gagah menguasai .. aku hanya mampu menyeka sambil melihat kau dengan esak tangis yang semakin sebak, aku teramat ingin berkongsi tangis denganmu tetapi jika itu berlaku, kau akan menjadi lebih lemah dan menyeret aku sama, jadi aku biarkan kau bersama esak tangismu .. kerana aku tau setelah itu semua usai, kau akan tetap bangkit dari luka ini dan menongkat sigap meneruskan langkah mu yg terhenti ….

~ melihat kau bertatih-tatih berdiri, ingin aku paut bahumu agar mantap tunjangmu, namun andai itu berlaku kau akan terlalu bergantung pada aku … dan menjadi lemah kerana keberantungan mu kepada aku …. Jadi aku biarkan kau berusaha sedayamu … biar awal langkahmu nampak tempang, tapi bukan untuk jangkamasa yang lama … aku beri kau sedikit masa untuk merawati hatimu yg robek, sehabis hatimu sembuh, langkahmu akan kembali mantap dan hidupmu akan kembali ceria … aku percaya kau mampu harunginya …

~ sekilas bayangmu hilang aku berpaling dari puing-puing duka yg memusnahkan keindahan perjalanan memori dirimu, semoga semuanya itu bakal hilang seperti tulisan di atas pasir dikala angin bertiup kencang … kerana aku melihat kau dalam diriku … seolah-olah jiwa dan raga mu bersatu denganku ….

Tuesday, November 30, 2010

Donut Big Apple ….

~ dolu2 mmg suka sgt kat dunkin donut sbb aku rasa x dek donut lain ler yg mampu tandingi dunkin donuts nih .. tapi Big Apple donut ni mmg lebih mantap dari dunkin donut sbb lebih gebu n lembut … pastu perisa2 dia sungguh2 mables … ikutkan rasa hati mmg nak makan setiap hari donut2 kat Big Apple tapi apakan daya .. rega dia tak mampu untuk aku membeli setip hari – RM12.50 = 6keping … means that RM2.08 sekeping …

~ so aku wat janji ngan anak2 aku utk masukan donut Big Apple dlm bajet bulanan aku … means that at least once a month kami akan gi makan donut Big Apple … hehehehehe …

~ yg paling aku berkenan ialah perisa durian .. mmg berkenan abis … rasa durian dia mmg superb !! … mmg tak cukup makan satu jek … tapi terpaksalah tahan nafsu smpi gaji bulan depan … bajet ooo bajet …

~ yg kedua berkenan ialan perisa keju .. Big Apple tabor kepingan keju halus2 as a toppings .. pun fullamak … mmg2 meruntun jiwa … !!! next month mesti nak beli dua perisa ni jugak …

~ pastu anak sulung aku pilih yg toppings cokelat dua-dua, dia mmg pecinta cokelat … pppeerrgghhh .. tengok dia makan cam lapar sesangat ler … alahai anak omak ni …




~ my 2nd doter plak .. pilih yg topping strawberry tu .. tapi dia tak makan abis pun .. sbb dia makan topping nya jek … mmg peel dia cam tu ler … bukan pemakan sgt .. sbb itu badan kerempeng jek …. pastu yg tukang perabih omak dia … patutla badan omak dia makin bertambun …. !!!! alahai anak2 omak …

Monday, November 29, 2010

My kasut pink ….


~ sandal warna pink ni … masa nampak kat kedai tu .. mmg berkenan giler … mula2 cam tak de saiz .. pastu cari punya cari jumpa just the rite size .. suker nya … walau reganya teramat murah … tapi selesa betul memakainya … dan design dia pun tak de ler nampak cam pasar malam punya kasut …. Hehehhehe

~ tapi bila dah bawa balik .. kaler cam 'over' plak … so aku letak jek dalam beg, tak tengok2 langsung pun .. rasa terkilan .. apsal ler beli kaler pink ni .. cam kureng sesuai gitu nak pakai ngan baju kaler lain2 …. but malam ari tu masa g umah kawan wat makan-makan .. so aku pakai ler kasut ni .. sbb kasut yg biasa aku pakai tu rasa cam dah ketat plak … so aku belasah pakai sandal pink ni ngan suar jeans biru n tshirt itam …

~ eh .. waktu berjalan2 tu rasa selesa betul … size dia mmg kena betul ngan kaki aku .. pastu platform dia ringan … dan tak nampak ganjal walau baju n suar tak match kaler ngan kasut … so aku lenjan jek la … huhuhuhuuu … so mmg berbaloi …. Masa beli tu aku ada tanya adik tu .. agak2 leh tahan brapa lama klu setiap hari dok lenjan cam nak rak … dia kata dlm sebulan tahan ler … tapi klu setakat pi balik ofis naik keta n sometime g soping or nonton wayang .. jangkahayat dia lebih lama …

~ but tapak dia mmg jenis tak bagus … dah hampir terhakis dah .. so mesti kena tampal sudah .. kalo tak mesti tak tahan lama …. Whatever it is mmg best bargain … !!! … kepada yg jenis berpendapatan sederhana cam aku ni n kena bajet2 untuk soping kasut n baju … korang mesti la pandai2 cari rega yg murah tapi in tip top kondisi …

~ baju plak, biar murah tapi bila ko pakai mesti nampak cam mahal .. kena pandai mix n match k … cam kasut pink aku ni ha … sekilas pandang mesti paling bangsat pun korang ingat rega dia dlm RM19.99 ke atas kan? … tapi sebenarnya rega dia cuma RM15.00 … so kalo kasut tu cepat rosak pun .. tak ler rasa terkilan sgt sbb rega dia mmg murah …

~ dan yg paling penting jaga berat badan ler … klu beli baju saiz kecik kan lebih murah dari saiz besor .. pastu melambak2 kat mana2 … oleh itu sekarang ni aku sedang giat nak mengecikan lagi tubuh badan aku yg dah naik montel sbb asik melantak tak hengat dari raya posa smpi la ni … padan muka aku …

Pengkhianatan dan kekhilafan …..

~ Mmg aku marah dan mmg aku tak boleh terima kenyataan ini, walau mereka telah berkali-kali menafikan namun aku tetap tak boleh terima pengkhianatan ini … adakah ini kealpaan?? … pada awalnya aku mmg telah memaafkan dan akan membiarkan ianya berlalu begitu saje …

~ tetapi tanpa rasa bersalah ko telah memberi aku kata2 yg amat aku tak boleh terima 'be proferssional la, kita masing2 dah dewasa' oleh kerana ko dah dewasa maka ko boleh apa saja sewenang2nya tanpa fikir betul atau salah? .. tanpa fikir halal atau haram? …

~ yg sebenarnya aku tak kisah korang nak tonggang tebalik ke? … hatta wat apa sekalipun .. tapi ingat sket perkataan yg ko lemparkan pada aku tu … dah wat menda salah, dan dah kena tangkap .. diam2 sudahlah … tak payah nak menegakkan benang yg basah … yg batil tu tetap batil walau camner sekalipun ko nak jadikan ia betul ..

~ diam bukan bermakna ko betul2 silap … aku pun bukannya kemarok sgt nak bercerita sakan pasal kecurangan korang … sebagai manusia kita tak terlepas dari wat kesilapan, mungkin waktu ko dah khilaf dan terlanjur perbuatan .. dan secara kebetulan aku ternampak perbuatan korang !! .. bukan dosa besar pon .. so yg ko nak mengelitat pastu hambur kata2 yg cam haram jadah kat aku .. apa jadahnya … ???

~ ko suruh aku bersikap professional?? .. ini bukan soal pro atau sebaliknya tapi soal prinsip !!! .. ko tau tak perbuatan ko walau pada ko kecik dan tak mendatangkan mudarat pada sapa2 … tapi dari menda yg kecik tu la akan menjadi besar dah akhirnya meletop !!! …

~ aku tau ko mungkin silap dalam percaturan perasaan … tapi apa yg dah berlaku tu .. biarlah .. tak perlu di perjelas atau diberi alasan … tak perlu itu semua kerana apa yg bakal kuar dari mulut ko aku tetap tak akan terima dan percaya …. !!! … jika aku di situasi ko .. aku pasti akan diam .. dan wat mcm seperti tiada apa yg berlaku .. biarpun telah tertangkap sekalipun … kerana semakin ko mau membaiki keadaan akan menjadi seperti tikus membaiki labu …

~ dan semakin aku cuba melupakan dan membiarkan tragedy itu dari kotak ingatan aku semakin pula ada org yg mahu aku mengingati kembali … ramai benar org di pihak ko eh .. mereka fikir dgn mempertahankan perbuatan ko akan membuatkan aku rasa perbuatan ko tu betul? .. maka aku mesti gadaikan prinsip idup aku demi ko? …

~ sori aku lebih rela ilang kawan daripada gadaikan prinsip idup aku … aku bukan jenis yg mudah diperkotak-katik kan …. apabila aku buang ko dari idup aku bukan bermaksud aku membenci ko .. tidak sama sekali … cuma itu ada salah satu cara aku untuk menghindar perasaan benci itu hadir dalam hati aku … jika itu menjadikan aku seorang yg berfikiran sempit … aku terima …

~ pernahkah korang terfikir di pihak aku? … apabila korang wat menda camni .. padahal aku pula yg beria-ia menganjurkan perjalanan yg amat panjang ini … seolah2 akulah punca semua ni .. korang tak terfikir ke hati n perasaan aku waktu melihat kecurangan korang??!! …

~ apa sesuatu kemungkaran berlaku jgn fikir hati n perasaan sendiri sahaja, fikirlah orang2 yg berdekatan yg bakal menerima tempiasnya …

Wednesday, November 10, 2010

Malam yg kepanjangan ....

~ setiap petang biasanya balik keja aku jemput anak aku pulang sekolah … tapi petang semalam .. aku soh van sekolah jemput anak ngan alasan aku keja lebih masa .. pastu aku calling pengasuh anak no 2 aku plak … bagitau dia jgn soh bagi anak aku turun tunggu aku kat bawah flet sbb aku balik lewat hari ni …

~ pastu dan-dan kul 5.45ptg aku zoom ke tmn setia indah …. aku tak penah sampai area ni … sblm aku merempit tu .. aku google map dulu … yay … ikut map senang sket … kalo siang ler .. kalo mlm susah ler sket sbb mata aku tak awas drive mlm2 …

~ dr ofis aku kat tmn gaya tu .. aku ikut jln dalam ke jusco tebrau city n lalu taman harmonium gitu ler .. pastu lalu sebelah jusco n tembus kat tmn mount Austin … dari mount Austin trus pastu jumpa simpang 3 belok kanan … senang jek rupanya …. Tima kasih google map n cik Bib … yg bagi direction …. hehhehehhe


~ sampai2 jek … melantak kuih kaswi Bib beli kat pasar malam Desa jaya … pastu makan kentang putar yg sepanjang tidak tu … pastu roti nan pun smpi …. Apa lagi melantak tak hengat ler … sssoooodaaaappp .. tapi derang kata kureng sedap sbb brader lain yg wat … entah ler … aku tak penah makan kat sini so .. aku belasah seap je ler .. abis sekeping roti nan kosong tu aku lantak .. ada ler tinggal secoet … sbb perut mmg tak leh nak masuk lagi dah … rezeki jgn di bazir2kan .. sayang wweeiiihhh …..


~ ni ler hasil melantak kami … habis licin !!! … jeng ..jeng …jeng ….


~ dari kul 6ptg smpi kul 7lebih ler .. kami borak2 entah apa2 jek .. tapi best !!! .. nengok aku nyer hepi face … sekali sekala jumpa kawan2 .. ni ler masanya nak release tension n sharing stori mori … yg juicy n hot details or seadanya jek … apa pun I llliioooookkkeee …


~ ni pun tak cukup korum lagik … if Azee, Enal & Ab ada lagi syokkkkk …. Ab mmg nak dtg tapi tak sempat sbb ada latihan bola rasanya n dia pun tak tau setia indah tu kat ner … adddoooiiii !!! … Ab .. Ab …. , dak enal ni plak sangkut sbb ujan .. dah dia ni drive motor … tak kan ler nak meredah selebat ujan tu … ada karang !! .. ooooppppssss … jgn di sebut tak elok !! … karang terjadi betul2 .. cian kawan aku ….


~ dah kuar semua isi hati n hilai ketawa smpi nak pecah pewot .. masing2 pun pakat2 balik ler .. Bib nak layan laki kat umah tu dah lama nunggu … Poji nak menyambung piloting …. CiKeen plakz … pewot anak2 dia dah berirama rock n rollz sudah …. Hehehehehe … aku plakz …. Kuang …kuang… kuang… amik anak dari umah pengasuh ler …


~ OTW balik umah … Enal plak calling aku .. ajak jumpa …. heik eleh .. aku dah nak smpi umah der … siap ugut tak nak kawan ler plak ….. so merempit ke jln bakawali kat johor jaya … 2nd time melantak bakso n mee goreng ler plak … harus mmg kembong pewot aku mlm tadi ..


~ so all the juicy n hot details … aku g tabor kat enal plakz …. Huuuuuaaaahhhhiiiiiihuhuhuuuuuuu … senyum lebor dak enal …. pastu dia pong tokok tambang … seronok !!! … apsal ler ko sangkut kat ujan enal oooii … kalo tak semua ceta ceriti ko tu leh g tabor kat Bib, CiKeen n Poji …. lagi huru-hara !!! …


~ apa2 pong korang mmg de BOMB … for me it worth having just a few fren rather than thousand cause that few make a different in ur life, will catch u if u fall, will tell u from rite n wrong n many other things that they think will do u good or bad .… so I will never be afraid to heart out with them cause they r true fren …


~ My frens … dearest frens … may us forever di berkati Allah always … Amin …

Al-kisah rambutz ….



~ aku ni ada satu peel yak mana .. kalo ada boifren the 1st thing yg aku wat ialah masa awal perkenalan n konfem jadik boifren aku mesti nak potong rambut aku .. pastu masa kitaorg kawan tu aku bior rambut panjang …. Kiranya nengok tahap mana rambut aku panjang kira sekukuh itu ler perkembangan perhubungan kami … yek..yek jek …

~ n bila kitaorg putuskan hubungan .. does not matter whether aku yg putuskan or dia …. Pastu aku pakat2 potong rambut lagik!!! …. Bagi aku bila dah potong rambut tu segalanya tamat selesai !!! … segala-galanya aku buang sama seperti rambut yg aku potong tu .. aku tak akan pandang ke belakang lagik …. Pastu aku kumpul2 rambut tu dan tanam kat belakang umah …

~ sama jugak ngan kisah cinta aku yg tak kesampaian ni .. pun aku tanam gak tapi idak ler kat belakang umah tapi kat longkang … dah peel dia cam longkang .. so ke longkang ler ko nyer memori tuh …. Hik hik hik hik ….

~ bila dah rambut pendek ni .. rasa ringan plak kepala aku ni .. rambut pun x ler rasa sentak … kalo tak asik berikat jek rambut 8jam sehari … rasa cam sengal plak ek .. dah tau rensa berambut panjang potong jek ler … yg ko nak nunggu smpi putus cinta tu apa ke haei nya nox …. ???!! …. abih dah gini peel nya … masa tu tak rasa nak potong rambut … bila dah kembali solo … rasa cam kepala ni berat sesgt ler …. rambut ni rasa cam semak plak … kira segala-galanya masih aku terasa ler …. !!!! hu ..hu ..hhuuuuu …

~ sekarang ni rambut aku kat paras tengkuk udah … bukan potong kat kedai pong .. potong sendirik kat bilik mandi !! .. pagi2 buta tadi …. mmmuuuaaahhhhh …. aku kan kedekut nox … tak de maknanya aku nak g kedai n bayo belas2 hengget nak bagi pale aku cantik …. potong sirik lagi jimat … lagipun aku bukan nak ubah style rambut aku pong .. cuma nak potong bagi pendek jek ….

~ esok lusa panjang semula la rambut aku ni … sekarang dah stat simpan duit sket .. nak rebonding plakz … hehhehhe …. Masa tu ler baru soh amoi kedai rambut stylekan rambut aku nih … ngeh ..ngeh ..ngeh …. !!! .. kena pandai planz …. lor … ngan bajet yg ciput ni … ada menda2 yg lebih penting dari nak 2-3kali memotong n menstyle rambut kat salon k …

~ so .. cik kak-cik kak cayang .. Bib, Poji n CiKeen … semalam ptg adalah kali terakhir korang nengok aku berambut panjang pasni … kalo jumpa mesti muka aku dah lain sket .. mungkin bertambah shantek … oooopppppssss .. 'terover memuji diri sendirik plakz ' …. Hhahahahahhaa … or bertambah ayu …. Huhuhuhuuhuuu ….