Pages

Sunday, December 13, 2009

Mak.....

Tuesday, 10th Nov 2009

Sabtu lepas....ziarahi kubur arwah mak....Dahulu Abah ada tanam rerumput menjalar dan apabila musim bunga tiba rerumput tu akan mengeluarkan bunga-bungaan warna warni kecil-kecil dan comel-comel....

dari jauh dah tau yg kehijauan berbunga itulah kubur arwah Tapi baru-baru ni penjaga kubur ter racun kerana di sangka lalang….

yang tinggal hanya batu-batu kemerahan..nampak kering dan tandus....Terlalu banyak kuburan di sana…takut terlupa mana satu arwah punya sbb tak bernama hanya ada sepasang batu nesan dari kayu jati…itupun warnanya telah hampir pudar

Sebelum pergi cuba ambil gambar guna HP..berkali-kali mencuba namun tiada satu gambar pun yg jadik!...semua gambar 'blank' atau tidak boleh dibuka…

Airmata tak semena-mena mengalir….rasa tak bedaya nak melangkah pergi…takut jika aku berpaling..aku akan 'kehilangan' arwah sekali lagi

No comments:

Post a Comment