Pages

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri … 1432H






Sehari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH




Sehari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH




Sehari lagi DOA-DOA ini menjadi IJABAH




Sehari lagi PAHALA di LIPAT GANDAKAN




Tapi tak akan jadi kenyataan sebelum kita saling maaf bermaafan …




SALAM LEBARAN MAAF ZAHIR DAN BATIN





Another addition to Zhen family ....

Yak atas tu .. 3 ekor dara pingitan KieKie,NieKie & Lulu - yg nama Lulu tu yg bulu dia kaler lain tu ... sbb kaler dah lain itu pasal kasi nama yg lain sket .....



Yg kat bawah ni plak DieKie - jantan ni, ingat nak beli 4 betina, tapi dapat jantan plak .. pulun jek la sbb shantek ....




Yg ni ChieKie .. saje jek letak gambo dia ... dah besau kan ... makin lama makin besau, pastu berat gak, pastu dia ni suka lenting2 .. nak pegang pun dah tak larat ... takut terlepas ... karang patah riuk tulang dia ...



MieKie & ChieKie dah besau !!!



Ni tuan ChieKie, penakut sket nak pegang2 ni .. tepek muka je la ... itu pun dah kira berani la tu ...




Tuan MieKie ni ... tengok MieKie tu terbontang jek tido tak hengat !! ... mmg suka beno dipegang2 dek Nurul tu ...









Mulut ooo mulut … lelaki lagik!! .. tak sangka !!! ..

Hairan kan camner dia leh tau aku ada wat kenyataan camtu, aku pun bersalah jugak, yek la masa bercakap dulu tu pun hati sedang seedy jadi ikut sedap hati jek nak bercakap, kena plak org yg mendengar tu cucuh api kat aku .. lagi la menyembur2 bahangnya …

Sekarang ni aku dah kool, dah leh terima kenyataan yg tak semua akan menjadi seperti yg kita harapkan, dan aku pun tak mau ulang tayang perkara ni lagik, sejak aku mendiamkan diri sebab aku tak mau derang tau yg aku kecil hati ngan perbuatan derang sbb derang tak salah cuma aku jek yg tiba2 terasa … jadi aku tau mau ada perbalahan antara kami .. aku pun ambil keputusan utk mendiamkan dan mengundurkan diri .. sehingga hati aku dah pulih dan kepala aku tak 'senoneng' …

Tetapi ada lah mulut jantan jahanam ni. Salah aku jugak dok mengadu kat dia, aku fikir mulut lelaki tak le cam mulut perempuan, menyampai sini sana, rupa2nya telahan aku silap .. mmg silap besar, malah jantan jahanam ni siap tokok tambah lagik!!! .. pergghhh … jadi perkara yg sepatutnya dah berkubur tu .. terbongkar !!! …

Bila dah jadi camni, aku nak wat camner? … kita hanya merancang namun Allah yg menentukan, kerana itu aku mengharap yang Ramadhan kali ini penuh makna untuk aku, untuk derang dan untuk semua …

Aku setiap masa berdoa semoga derang sentiasa beroleh kebajikan di dunia dan di akhirat, dan aku tak kisah lah derang nak mengata aku apa sekali pun kerana bagi aku cukuplah sekadar memerhati dari kejauhan dan mengetahui yg kehidupan derang lebih gembira, ceria dan bermakna tanpa aku ..

Semuga kalian2 yg telah aku lukai hatinya memperoleh berlipat kali ganda nikmat dan barakah Ramadhan kali ini, aku amat2 menghargai jasa baik, bantuan, kasih sayang dan ingatan kalian pada aku dan aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan antara sengaja atau tidak terhadap kalian.

Untuk bersama semula dgn kalian aku rasa tak mungkin berlaku, biarkan lah aku dgn dunia aku, manusia seperti aku ini tidak layak untuk berada di kalangan kalian kerana aku punyai fikiran yg dangkal dan hati yg amat kecil … tidak seperti kalian yg hatinya sebesar dunia dan fikiran sejauh putaran dunia …

Facebook status !!

Kadang-kadang tu mmg betol2 tak paham ngan sifat2 manusia ni … korang tulis status yg mengelirukan .. pastu bila orang pakat komen pastu agak2 tak berkenan atau tak kena ngan citarasa ko .. mula ko nak hangin dan pastu main tuduh2 n kata status ni tak de kena mengena ngan ko la .. saje2 tulis nak mintak pendapat la …

Ala mamak .. next time tulis biar terang .. jangan nak asik2 berdolak-dalik plak …. Pastu agak2 tak leh nak terima kritikan … biar jek ruang status ko tu kosong!! Tak de sape nak marah der …. Macam aku lar …. Kosong jek kan … klu tulis pun mesti tentang dram korea n jepun kegemaran aku … huhuhuhuhuhu….

Hah!! .. yg lagi satu yg terpaling tak best ialah … yg korang pegi tulis status …mcm nak binasakan diri tu apahal .. itu macam suicide note kawan …. Klu iyek pon ko mara n tak dapat nak menahan amarah … istighfar byk2 … sekarang semua orang dah tau .. bukan takat semua orang seluruh MALAYSIA n klu ko mmg femes .. may be seantero DUNIA !!!! … ko giler? … apsal letak status yg menjerut leher sendiri? …

Akhirnya ko sendiri yg terluka … kawan, sahabat berhati-hati apabila memilih ruang untuk melampiaskan neraca hati … sesungguhnya syaitan itu sentiasa mengapi-api supaya kau dan dia beralih arah membawa diri sendiri2 …

Kemungkinan besar hajat syaitan itu akan terlaksana …. End of story … air mata mu akan tumpah atau banyak yg telah tumpah tanpa ko sedari … jangan lemparkan dia dengan tohmahan atau ketidakpercayaan atau hinaan atas kepincangan atau kecacatan hatta kecurangan .. kerana ko sendiri tak pasti benarkan kau atau dia yg bersalah ….

Kerana setiap kali ko menunding ke arah dia …. Empat jari lagi menunding ke arah diri ko sendiri …. Jadi kawan … sahabat … terima lah kekhilafan dan kekalahan ni dengan maghrifah …. Andai masih ada ruang untuk bertaut … walau sebesar zarah .. cuba lah gapai … mungkin itulah satu-satunya talian hayat kau untuk meneruskan kehidupan …

Sekarang ini mungkin ko boleh melaung kan .. tanpa dia pun aku boleh hidup apa??!!! … tetapi 'kekesalan sering datang lewat kan' …. Jgn terus mendabik dada jika kau rasa di pihak yg benar … tapi menunduk la ke bumi kerana kau takut kebenaran itu sebenarnya ada makna yg tersurat namun kau tak bisa singkap …

Di saat ini sahabat … kawan …. Ambil la air sembahyang, bentangkan sejadahmu dan pakailah telekung mu … bermunajat ke hadrat ILAHI moga hati mu dan hati dia di pertemu sekali lagi …. AMIN ….

Namun .. andai dia tetap pergi dan hati tetap tak mampu memaafi …. Iringi kepergian dia dengan doa zuhud dari azali …. Jika jodohmu dan dia hari ini berakhir begini … jangan ada benci …. Dia mmg tercipta untukmu …. Tetapi kau tidak tercipta untuk dia ….

Jangan tangisi atau sesali …

New Addition to Zhen family …


Anak-anak jantan kesayangan hamba, masa ni umur derang baru 3bulan ++, sekarang dah 4bulan ++, lincah giler, pantang di lepas ke tanah lapang, meloncat2 jek kejanya ....


Sya & Nur pun teruja sesangat, setiap kali sebelum ke sekolah mesti doa semuga Allah pelihara adik2 jantan derang tu selamat dan sihat sentiasa ....


So this coming Saturday nak g tropicalparkrabbitry.blogspot.com dah tempah 2 ekor anak betina ler plak ... nak kawinkan anak-anak jantan hamba tu .... harap ada ler lebih dari 2 ekor betina ... klu dapat 4 ekor betina ... kira cantik gak kan ..... huhuhhuhuu ...


Cuaca sekarang tak berapa nak elok ... kejap-kejap kul 3pagi ujan lebat berdentam-dentum, sib baik ada bina kolong dari kotak, jadi derang sembunyi kat dalam kolong berpeluk2an (konon2 nye la) ....


pastu siang nya plak panas mengelegak .... but dun worry rumah jantan berdua tu ...mmg terlindung dari panas ... Alhamdulillah ....