Pages

Friday, August 26, 2011

Mulut ooo mulut … lelaki lagik!! .. tak sangka !!! ..

Hairan kan camner dia leh tau aku ada wat kenyataan camtu, aku pun bersalah jugak, yek la masa bercakap dulu tu pun hati sedang seedy jadi ikut sedap hati jek nak bercakap, kena plak org yg mendengar tu cucuh api kat aku .. lagi la menyembur2 bahangnya …

Sekarang ni aku dah kool, dah leh terima kenyataan yg tak semua akan menjadi seperti yg kita harapkan, dan aku pun tak mau ulang tayang perkara ni lagik, sejak aku mendiamkan diri sebab aku tak mau derang tau yg aku kecil hati ngan perbuatan derang sbb derang tak salah cuma aku jek yg tiba2 terasa … jadi aku tau mau ada perbalahan antara kami .. aku pun ambil keputusan utk mendiamkan dan mengundurkan diri .. sehingga hati aku dah pulih dan kepala aku tak 'senoneng' …

Tetapi ada lah mulut jantan jahanam ni. Salah aku jugak dok mengadu kat dia, aku fikir mulut lelaki tak le cam mulut perempuan, menyampai sini sana, rupa2nya telahan aku silap .. mmg silap besar, malah jantan jahanam ni siap tokok tambah lagik!!! .. pergghhh … jadi perkara yg sepatutnya dah berkubur tu .. terbongkar !!! …

Bila dah jadi camni, aku nak wat camner? … kita hanya merancang namun Allah yg menentukan, kerana itu aku mengharap yang Ramadhan kali ini penuh makna untuk aku, untuk derang dan untuk semua …

Aku setiap masa berdoa semoga derang sentiasa beroleh kebajikan di dunia dan di akhirat, dan aku tak kisah lah derang nak mengata aku apa sekali pun kerana bagi aku cukuplah sekadar memerhati dari kejauhan dan mengetahui yg kehidupan derang lebih gembira, ceria dan bermakna tanpa aku ..

Semuga kalian2 yg telah aku lukai hatinya memperoleh berlipat kali ganda nikmat dan barakah Ramadhan kali ini, aku amat2 menghargai jasa baik, bantuan, kasih sayang dan ingatan kalian pada aku dan aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan antara sengaja atau tidak terhadap kalian.

Untuk bersama semula dgn kalian aku rasa tak mungkin berlaku, biarkan lah aku dgn dunia aku, manusia seperti aku ini tidak layak untuk berada di kalangan kalian kerana aku punyai fikiran yg dangkal dan hati yg amat kecil … tidak seperti kalian yg hatinya sebesar dunia dan fikiran sejauh putaran dunia …

No comments:

Post a Comment