Pages

Friday, August 26, 2011

Facebook status !!

Kadang-kadang tu mmg betol2 tak paham ngan sifat2 manusia ni … korang tulis status yg mengelirukan .. pastu bila orang pakat komen pastu agak2 tak berkenan atau tak kena ngan citarasa ko .. mula ko nak hangin dan pastu main tuduh2 n kata status ni tak de kena mengena ngan ko la .. saje2 tulis nak mintak pendapat la …

Ala mamak .. next time tulis biar terang .. jangan nak asik2 berdolak-dalik plak …. Pastu agak2 tak leh nak terima kritikan … biar jek ruang status ko tu kosong!! Tak de sape nak marah der …. Macam aku lar …. Kosong jek kan … klu tulis pun mesti tentang dram korea n jepun kegemaran aku … huhuhuhuhuhu….

Hah!! .. yg lagi satu yg terpaling tak best ialah … yg korang pegi tulis status …mcm nak binasakan diri tu apahal .. itu macam suicide note kawan …. Klu iyek pon ko mara n tak dapat nak menahan amarah … istighfar byk2 … sekarang semua orang dah tau .. bukan takat semua orang seluruh MALAYSIA n klu ko mmg femes .. may be seantero DUNIA !!!! … ko giler? … apsal letak status yg menjerut leher sendiri? …

Akhirnya ko sendiri yg terluka … kawan, sahabat berhati-hati apabila memilih ruang untuk melampiaskan neraca hati … sesungguhnya syaitan itu sentiasa mengapi-api supaya kau dan dia beralih arah membawa diri sendiri2 …

Kemungkinan besar hajat syaitan itu akan terlaksana …. End of story … air mata mu akan tumpah atau banyak yg telah tumpah tanpa ko sedari … jangan lemparkan dia dengan tohmahan atau ketidakpercayaan atau hinaan atas kepincangan atau kecacatan hatta kecurangan .. kerana ko sendiri tak pasti benarkan kau atau dia yg bersalah ….

Kerana setiap kali ko menunding ke arah dia …. Empat jari lagi menunding ke arah diri ko sendiri …. Jadi kawan … sahabat … terima lah kekhilafan dan kekalahan ni dengan maghrifah …. Andai masih ada ruang untuk bertaut … walau sebesar zarah .. cuba lah gapai … mungkin itulah satu-satunya talian hayat kau untuk meneruskan kehidupan …

Sekarang ini mungkin ko boleh melaung kan .. tanpa dia pun aku boleh hidup apa??!!! … tetapi 'kekesalan sering datang lewat kan' …. Jgn terus mendabik dada jika kau rasa di pihak yg benar … tapi menunduk la ke bumi kerana kau takut kebenaran itu sebenarnya ada makna yg tersurat namun kau tak bisa singkap …

Di saat ini sahabat … kawan …. Ambil la air sembahyang, bentangkan sejadahmu dan pakailah telekung mu … bermunajat ke hadrat ILAHI moga hati mu dan hati dia di pertemu sekali lagi …. AMIN ….

Namun .. andai dia tetap pergi dan hati tetap tak mampu memaafi …. Iringi kepergian dia dengan doa zuhud dari azali …. Jika jodohmu dan dia hari ini berakhir begini … jangan ada benci …. Dia mmg tercipta untukmu …. Tetapi kau tidak tercipta untuk dia ….

Jangan tangisi atau sesali …

No comments:

Post a Comment