Pages

Thursday, August 16, 2012

Dipenghujung Ramadhan ~ Diambang Syawal ....

Diam tak diam, cepat benar masa berlalu, kita di ambang Syawal waktu ini, tinggal esok jek ... Ramadhan tahun ini benar2 bermakna buat aku, 

Mampu membuka luas ruang sempit kat hati aku ini untuk kembali ke pangkuan rakan2 aku yang amat2 mulia ini,  walau sebenarnya semua yang berlaku ini adalah kesilapan aku yang terlalu berkira dan terlalu mudah berkecil hati ...

Dan mereka2 ini menerima aku semula tanpa prejudis ... their tight hug are still warm in my heart and i can still feel it even now ... walau sejuta maaf aku titip, rasa bersalah tetap bergalang di jiwa ...

mengapa lah, se walang ini aku sahabat, terlalu menurut hati aku, buang korang, aku anggap hanya hati aku sahaja yang perlu di jaga, namun luka di hati kalian pernah kah aku ambil peduli?, derita di hati kalian adakah aku kisah kan? ....

terima kasih yang tak terperi ... dari aku yang hina ini, sempena di bulan yang mulia ini aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari hujung rambut hingga hujung jari kaki ....

Selamat Eid Mubarak Minal Aidil Wal Fa'izin, Maaf Zahir dan Batin ....


1 comment:

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Post a Comment