Pages

Wednesday, December 22, 2010

biarkan duka itu berlalu ….

~ jika telah ditakdirkan mmg tidak boleh bersama, walau apa pun yg ko cuba lakukan utk selamatkan ikatan ini, namun semuanya bakal hampa kerana dia bukan tercipta untukmu biarpun sekadar sahabat … jangan kau biarkan airmata sekali lagi membasahi pipimu yg mongel itu kerana dia tidak layak untuk kau tangisi .. biarkan dia pergi dari hidupmu kerana kau akan lebih tenang dan bahagia tanpa dia …

~ mmg mudah utk aku hanya berkata-kata namun yg hakiki kau terpaksa menanggung keperitan ini, sabarlah sayang tabahkanlah hati, jangan biarkan selumbar ini menjadi nanah yg bakal merobek-robek jantungmu .. tetapi walau apa pun yang aku katakana, airmata mu gugur jua, esak tangismu benar-benar meruntun jiwa ku … kenapa kau gagal menangani permasalahan ini .. rapuh benarkan hatimu, selemah itukah sanubarimu? …

~ di saat langkahmu gemalai bagai tubuh tanpa tulang, ketika kau seolah rebah menyembah ke bumi ingin aku menyambutmu namun langkahku juga goyah dan hatiku juga patah … di saat itu ingin aku pinjamkan bahuku agar tiap titisan airmatamu kering tanpa kau sedari, ingin jua aku peluk tubuh rapuhmu agar bisa ko rasa hangatnya kasih sayangku .. namun ko tak pernah menyedarinya kerana hatimu hanya pada dia …

~ akhirnya air mata ku tumpah jua, walau begitu kuat aku cuba menahan namun pedih lara di hati aku lebih gagah menguasai .. aku hanya mampu menyeka sambil melihat kau dengan esak tangis yang semakin sebak, aku teramat ingin berkongsi tangis denganmu tetapi jika itu berlaku, kau akan menjadi lebih lemah dan menyeret aku sama, jadi aku biarkan kau bersama esak tangismu .. kerana aku tau setelah itu semua usai, kau akan tetap bangkit dari luka ini dan menongkat sigap meneruskan langkah mu yg terhenti ….

~ melihat kau bertatih-tatih berdiri, ingin aku paut bahumu agar mantap tunjangmu, namun andai itu berlaku kau akan terlalu bergantung pada aku … dan menjadi lemah kerana keberantungan mu kepada aku …. Jadi aku biarkan kau berusaha sedayamu … biar awal langkahmu nampak tempang, tapi bukan untuk jangkamasa yang lama … aku beri kau sedikit masa untuk merawati hatimu yg robek, sehabis hatimu sembuh, langkahmu akan kembali mantap dan hidupmu akan kembali ceria … aku percaya kau mampu harunginya …

~ sekilas bayangmu hilang aku berpaling dari puing-puing duka yg memusnahkan keindahan perjalanan memori dirimu, semoga semuanya itu bakal hilang seperti tulisan di atas pasir dikala angin bertiup kencang … kerana aku melihat kau dalam diriku … seolah-olah jiwa dan raga mu bersatu denganku ….

No comments:

Post a Comment