Pages

Tuesday, November 9, 2010

“Lagenda daun semalu …

~korang ingat tak dulu2 masa tahun 80an .. masa tu aku sekolah rendah .. jarak umah dan sekolah aku dekat jugaklah so kitaorg adik beradik n kawan2 berjalan kaki ke sekolah … dalam perjalanan pergi dan pulang sepanjang jalan tanah merah tu di tepi2 longkang tu dipenuhi dengan rerumput daun semalu … sejenis rerumput yg bila kita sentuh dia akan menguncup …. Kira malu lah gitu … hehehehehe .. sbb itu org panggil dia daun semalu …

~ada sorang kawan aku kata kat aku .. kalo ko boleh petik daun semalu tu tanpa ia menguncup nanti ko boleh kawin pemudah hamsem!!! … fuiiyooo .. masa tu aku kecik lagi so aku percaya banget ngan lagenda tu .. so setiap hari pulang dari sekolah aku tak mau saing kawan2 lagi .. so pelan2 bila aku jumpa daun semalu tu aku cuba petik tanya ianya menguncup tapi tak penah berjaya …

~tapi entahlah aku tak pernah berputus asa setiap hari mesti nak mencuba …. Aku berhenti mencuba petik daun semalu waktu aku jumpa Nurhelmi dan 'had a crush' on him … dia pun cam melayan gak kat aku … kebetulan kami dalam kelas yg sama … setahun berlalu dan kami membawa haluan masing2 … entah apa kabar dia sekarang ni eh …

~kemudian semakin aku menginjak dewasa aku pun dah lupakan lagenda daun semalu tu … bila aku menoleh ke belakang mengimbau memori silam … walau tak berjaya memetik daun semalu tanpa ianya menguncup … aku tetap dapat pak we hamsem!!! .. hehehehe .. apa nak buat dah tuah badan .. tapi dasar manusia yg tak penah nak mensyukuri nikmat yg ada .. semuanya aku lontarkan ketepi demi mengejar kebebasan yg tak bertepi …

~akhirnya apabila sampai ke satu tahap di mana aku ingin berhenti dan bina muka surat yg baru … namun bayang2 kelmarin rupanya enggan meninggalkan aku .. jadi aku tersilap langkah .. akhirnya kecundang atas kerakusan masa silam aku …. Namun aku terima nasib aku seadanya …

~sekarang ni aku mensyukuri apa jua yg Allah titipkan buat aku … walau apa pun hukuman dan tohmahan yg aku terima atas masa silam aku … aku sudah terimanya dgn hati yg terbuka …. insyaAllah … walau sekarang hidup aku tak semengah mana tapi aku tenang dan redha …

~sebagai manusia kita tak mampu mengubah ketentuan azali . seperti daun semalu itu tadi .. walau tak mengenal putus asa aku cuba memetik tanpa ia menguncup namun tak pernah berhasil kerana kejadian daun semalu itu mmg sebegitu … hanya boleh dilihat n dinikmati namun tak boleh disentuh …

No comments:

Post a Comment