Pages

Wednesday, April 21, 2010

Berhenti berharap ....

Aku mahu berhenti berharap, tiada kesinambungan lagi cuma aku mahu tahu dari mulutmu sendiri mengapa ??!! kau abaikan aku dan akhirnya tinggalkan aku tanpa noktah ??...

Walau pun pedih namun kau perlu jelaskan padaku, aku sanggup mendengar dan terima dengan hati yang terbuka. Tak mengira apa pun alasan yang bakal kau beri aku akan tetap pasrah dan redha.

Di saat aku meniti di ruang-ruang luka, jantung berdegup sayu dan hati meratap pilu, puing-puing cinta berlegar-legar di sekeliling waktu bersama hembusan angin berpuput lesu membawa cinta pergi dan kembali kepada empunya diri ... "Wahai angin sampaikan pesanku pada nya ~ Aku pulangkan apa yang kau telah amanah dan janjikan, derita yang telah kau calit akan tetap bersemadi andai suatu hari hatimu tersedar dari mimpi maafkan aku...kerana telah tiada ruang untuk kembali"

Aku masih lagi berdiri di sini, menitip salam terakhir buatmu, sebelum aku berpaling dan melangkah pergi.. aku amat berharap kau jerit namaku dan mahu aku kembali menyayangi ....

Tetapi di saat aku berpaling dan pergi ... tiada jeritan ... tiada penyesalan ... yang ada hanya sepi yang mencengkam. Ketika langkahku semakin lemah dan goyah, Zaki menyambut tangan dan memaut pinggangku kemas agar langkahku tidak pincang.

Aku tumpahkan airmata terakhirku buatmu di bahu Zaki, semuga esok dan hari-hari yang bakal mendatang, tiada tangisan lagi ~

No comments:

Post a Comment