Pages

Friday, April 16, 2010

Did u love me enuf??!!




Adakah kau benar-benar menyayangi aku dengan menyedari yg aku telah berubah?~ adakah kau benar-benar menyintai aku sehingga kau perasan yg setiap kita berjumpa kelopak mata aku digenangi air menunggu masa untuk tumpah?



Adakah kau terlalu merindui ku sehingga kau dapat rasakan tiap getar degup jantungku hanya menyebut nama mu? ~




Namun kau tak pernah sedar, kau tak pernah perasan dan kau tak pernah ketahui kerana cintamu padaku tidak seperti cintaku pada mu ... kau akui yg kau telah mengabaikan aku, tapi kau tak pernah mahu mengubahnya, cinta kita ini tidak cukup penting di hati mu, karier dan rakan-rakan adalah keutamaan kau.




Tahukah kau setiap masa yang kau luangkan untuk menghiburkan rakan-rakan kau, tiap ketika itulah kelopak mataku bergenang dan akhirnya melimpahkan lahar airmatanya ~ tahukah kau setiap kali deringan telephone yang aku terima aku amat-amat mengharap ianya adalah darimu ~ tahukah setiap bunyi deruman enjin motosikal aku amat-amat berharap ianya adalah milikmu ~ tapi kau tak pernah tau kan? kerana aku tak pernah khabar kan padamu betapa hati aku menangis apa bila kau tak pedulikan aku ~ acap kali kau biarkan aku menghabisi hari-hari ku sendirian tanpa panggilan atau sms darimu, tanpa mendengar suaramu, tanpa tahu bagaimana kau jalani hari mu ....




Kau tak pernah mahu ambil tahu, yang hati aku sering terguris pilu apabila kau selalu berkata 'TIDAK' pada setiap permintaan aku, kau juga tak pernah tahu yang setiap senyuman yang aku lemparkan sebenarnya aku menangis di dalam?




Tahukah kau betapa aku mengharap setiap kata-kata yg kau tuturkan kau tujukan kepadamu dan di setiap perbualanmu kau selitkan aku ~ namun kau tak pernah berbuat begitu, aku hanya berdiri di tepi umpama patung bernyawa memandang ke arahmu dengan perasaan yang berbaur-baur, aku perhatikan dari sudut tepi itu setiap bait ayat yang keluar dari bibirmu, tiap mimik wajah yang ko lemparkan pabila kau berbicara ~ betapa aku berharap di hadapanmu sekarang itu adalah aku ~ namun harapan sahajalah yang aku ada ...




Aku amat berharap kau tak biarkan aku lemah dan kasihku beralih arah ~ izinkan aku untuk terus memiliki walau sekadar hanya bayang-bayangmu ~ kau seperti udara yang ku hela kau selalu ada ~

No comments:

Post a Comment