Pages

Monday, April 5, 2010

Persahabatan....



Teman... Kawan.... Sahabat....

Sukarkah mahu membezakan.... tiga 'species' ini?... As for me...

Teman adalah rakan-rakan yang kita kenal sepintas lalu... rakan sekerja, rakan kuliah..rakan menunggu bas... tidak kenal pun hati budi mereka... untuk berborak kosong sekadar melepas waktu ... bolehlah.. tapi untuk berkongsi suka duka... derita... Teman bukanlah rakan yg sesuai... silap-silap mereka ini akan menikam mu dari belakang....!!

Kawan... rakan yang lebih rapat dari teman.... mereka ini mungkin kita rasa kita telah kenali hati budi dia tapi sebenarnya apa kita lihat hanyalah kulit... isinya ternyata amat berbeza... untuk kau berkongsi kisah suka dengan mereka... yup di alu-alukan... tapi tatkala kau mahu berkongsi derita... pelbagai alasan yang mereka akan berikan... silap-silap mereka inilah yang bakal menikam kau dari belakang!!... dan yang paling kejam... tanpa kau sedari...

Sahabat.. inilah rakan sejati... walau dia sendiri pun susah... tapi dia tetap juga menghulur tangan membantu kau... dalam apa jua keadaan sekalipun... sedaya upaya dan setulus ikhlas... aku rasa jika hatinya boleh di keluarkan dari tubuh... itu juga akan diberi kepadamu jika kau memerlukan... sahabat ku ini memang sukar di cari ganti... sahabat ku ini .. akan menjadi sahabat sampai mati... dan aku doakan sahabatku menanti aku di syurga...

kerana jalanku dan jalanmu amat beza... aku perlu disucikan di neraka agar luruh segala dosa dan seterusnya menyusulmu ke syurga..... ~

No comments:

Post a Comment